Wednesday, September 30, 2009

banner ATM vs Kelantan

Kelantan semakin garang


INDRA meuncul wira Kelantan apabila meledak gol tunggal pada pertemuan menentang Kedah di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin.





DUA kemenangan dalam dua perlawanan membuktikan Kelantan benar-benar optimis memburu kejuaraan berprestij itu.

Lebih manis, pasukan yang ditundukkan di gelanggang keramat mereka Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu adalah juara treble dua kali, Kedah.

Seperti mahu membuktikan sesuatu, tindakan kurang bijak bekas jurulatih mereka, Peter James Butler yang meninggalkan pasukan ketika persiapan kempen PialaMalaysia sedang berjalan sedikitpun tidak merencatkan semangat pemain.

Aksi kedua di bawah bimbingan jurulatih baru, B. Sathianathan, beberapa perubahan taktikal dilihat memberi kesan.

Khidmat penggempur lincah mereka, Che Hishamuddin Hassan kembali mendapat tempat apabila digandingkan dengan Khalid Jamlus dan Norfarhan Mohamad.

Pada babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan terlalu berhati-hati namun, beberapa serangan hampir menerjah jaringan lawan masing-masing.

Che Hishamuddin hampir meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-19 namun rembatannya berjaya ditepis oleh penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias.

Selang enam minit kemudian, Helmi sekali lagi beraksi cemerlang apabila berjaya menguis keluar bola daripada sepakan percuma ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahyuddin.

Kedah memiliki peluang terbaik melalui Fauzi Shaari pada minit ke-33 apabila sepakan beliau menerjah gawang Kelantan, namun penjaga garisan mengesannya berada pada kedudukan ofsaid.

Pada minit ke-41, Badrol hampir mencemaskan 25,000 penyokong Kelantan melalui tandukan menarik, namun Halim Napi menafikan percubaan tersebut.

Babak kedua mula menampakkan perubahan apabila Kelantan menggandakan asakan untuk memburu gol dan Indra menceriakan peminat sang Kijang apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-49.

'Saya sayangkan bola sepak'


SATHIANATHAN (kiri) kini memikul tanggungjawab besar dalam membimbing pasukan Kelantan mengharungi kempen Piala Malaysia.


"SAYA sayangkan bola sepak dan Liga Malaysia, sebab itu saya kritik."

Demikian ujar jurulatih Kelantan, B. Sathianathan ketika ditanya kenapa beliau menerima tawaran sebagai jurulatih Kelantan sedangkan beliau antara yang lantang mengkritik Liga Malaysia (Liga M) sebelum ini.

Menurutnya, komen yang diberikan adalah untuk tujuan meningkatkan mutu bola sepak tempatan dan Liga M bagi menjamin kelangsungan masa depan bola sepak tempatan.

"Ramai orang kritik tentang liga kita, kenapa bila saya kritik orang tidak boleh menerimanya sedangkan ia adalah untuk kebaikan.

"Bola sepak adalah periuk nasi saya, kalau liga kita merosot, penonton tak datang ke stadium, macam mana saya mahu cari makan," katanya pada sidang media sejurus selepas perlawanan antara Kelantan dengan Kedah tamat di Kota Bharu kelmarin.

Tambahnya, kritikan dan teguran perlu dilihat dari sudut yang positif supaya proses penambahbaikannya dapat dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab

Sementara itu, beliau menyifatkan kemenangan Kelantan menumpaskan Kedah 1-0 adalah disebabkan faktor nasib dan masih banyak kelemahan perlu diperbaiki oleh pemainnya.

Menurutnya, anak-anak buahnya mampu untuk bermain dengan lebih baik berbanding aksi yang dipamerkan malam kelmarin.

"Kurang latihan serta perlawanan persahabatan terutama ketika di bulan Ramadan menyaksikan tahap kecergasan pemain masih kurang.

"Seperti perlawanan terdahulu ketika bertemu Pulau Pinang, kita gagal mempamerkan aksi sebenar, namun, jelas nasib berpihak pada kita dan kita berjaya mengumpul enam mata setakat ini," ujarnya.

Jelasnya, beliau begitu optimis Kelantan mampu memecah dominasi beberapa pasukan gergasi dalam negara untuk pada saingan Piala Malaysia edisi kali ini.

Katanya, beberapa kelemahan yang dikenalpasti akan segera diatasi untuk perlawanan seterusnya menentang Angkatan Tentera Malaysia di gelanggang lawan.

"Kita memiliki banyak peluang tetapi pemain terlalu gopoh dan mereka sepatutnya menggunakan kemahiran yang mereka ada dan bukannya terbawa-bawa dengan emosi.

"Pujian juga harus diberikan kepada pasukan Kedah kerana aksi yang cukup baik dipamerkan sehingga berjaya menguasai babak pertama perlawanan," ujarnya.


Review kelantan lawan kedah

Misi memburu 3 mata penting dalam perlawanan tumpuan di Kota bharu berjaya digapai oleh sang kijang semalam menentang sang kenari.Skuad yang dibimbing sathiathan dilihat berada dalam landasan betul bagi menjuarai kumpulan E.

Percaturan Sathianatan yang menggunakan formasi 4-3-3 dilihat efektif tetapi tidak begitu menarik.beliau turut menerapkan permainan long passing dimana kebanyakkan pemain kelantan dilihat boleh membiasakan diri dengannya.Percaturan beliau dengan meletakkan khalid,farhan dan che hisamudin di hadapan menyebabkan pertahanan kedah mudah dibolosi.Gerakan che hisamudin ala-ala messi dan maradona kerap membawa ancaman ke kubu pertahanan kedah.Akan tetapi,kebanyakkan peminat kelihatan mengeluh dengan aksi khalid Jamlus yang longlai dan tidak bermaya.Penyudah pula kebanyakankannya tersasar ke langit dan berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol kedah,helmi eliza elias.

First half tidaklah sebegitu menarik kecuali gerakan solo che hisamudin yang mengancam victor andrag dan shafizan.afif amirudin pula terlalu perlahan untuk mengejar kepantasan che hisamudin walaupun membunyi advantage dari segi fizikal.Kedah tidak banyak menyerang first half kerana kubu kelantan yang diketuai nazrul dan farisham kelihatan semakin kebal.kecuali beberapa percubaan yang gagal ditangkap kemas penjaga gawang kesayangan peminat kelantan,Halim Napi sehingga kadang-kadang membawa padah.Disamping itu,serangan kedah banyak melalui badrol bakhtiar dan faizal abu bakar melalui tengah dan sisi memaksa zairul fitri dan zamri bekerja keras.

Beberapa minit selapas bermula second half,kelantan dihadiahkan sepakan percuma betul-betul di hadapan gawang gol kedah.Ini kerana che hisamudin telah dijatuhkan afif amirudin yang kelihatan susah mengawal kelincahan che hisamudin.kapten kelantan,indra putra mahayuddin,tidak mengecewakan 30 ribu peminat yang membanjiri stadium kelantan apabila melencongkan bola rendah menewaskan helmi.Dentuman mercun dan bunga api menggamitkan suasana riuh dan bingit di stadium sultan Muhammad ke-iv.Halim Napi turut menyumbang besar kerana banyak menggangu mental dan psikologi pemain kedah yang rata-ratanya masih baru dalam kancah bola sepak Malaysia.

Sathianathan menukarkan ailim fahmi dengan che hisamudin,dimana ia membawa sedikit kekecewaan kepada peminat yang menjangkakan akan ailim akan menggantikan khalid yang menunjukan aksi buruk.tempo perlawanan turut terjejas kerana kekurangan pemain yang laju dan licik,kecuali beberapa pemain seperti farhan,indra dan zamri.pertukaran kedua red warriors yang membawa masuk rizal fahmi rosid menggantikan daudsu yang kurang menjadi di bahagian tengah.rizal jarang mendapat bola dan kelihatan seperti tidak menjadi.Khairan eroza razali berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang tatkala barisan depan kedah berjaya dikekang pemain veteran yang sudah lama menabur keringat di negeri sendiri.

Masa tambahan 4 minit gagal digunakan sepenuhnya kedah kecuali beberapa percubaan yang berbahaya dimana memaksa halim bertungkus lumus menyelamatkan percubaan tersebut.Wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan abu bakar mohd Nor menandakan kemengan pahlawan merah yang mengukuhkan lagi kedudukan sebagai pendahulu pada kumpulan E.

Perlawanan seterusnya membawa sang kijang menentang ATM.Setakat ini ATM banyak bertahan dan berjaya memungut 2 mata.Peluang untuk kemenangan amat besar Cuma perlu berhati-hati.Jangan jadikan ATM sebagai duri dalam daging dalam perjuangan red warriors.semoga kelantan mempamerkan aksi jauh lebih baik dari semalam dan menawan 3 mata lagi pada perlawanan seterusnya.

gol lawan kedah




Tuesday, September 29, 2009

Kelantan vs Kedah

Monday, September 28, 2009

Kelantan semakin ghairah


KOMITMEN Norhisham sekali lagi ditagih pasukan Kelantan menjelang pertemuan dengan Kedah dalam saingan Piala Malaysia di Kota Bharu malam ini.





SELEPAS berjaya menundukkan Pulau Pinang di Stadium Negeri Batu Kawan, Sabtu lalu Kelantan kini semakin ghairah untuk memburu mata dalam kempen Piala Malaysia.

Optimis untuk menjadi pasukan terawal melayakkan diri ke peringkat suku akhir, Kelantan sedar cabarannya cukup besar, dan usaha membenam Kedah di gelanggang sendiri malam ini pasti menjadi kayu pengukur kepada sejauh mana mereka boleh melangkah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ibra- him berkata, misi bertemu juara Piala Malaysia 2008 juga adalah misi untuk membalas dendam berikutan kekalahan mereka ditangan Kedah dalam saingan Liga Super di gelanggang sendiri Julai lalu.

Menurutnya, keserasian antara pemain dan jurulatih baru, B. Sathianathan kini mula menunjukkan kesan yang positif.

"Hampir 90 peratus pemain sudah mengenali beliau (B. Sathianathan) kerana mereka pernah berada di bawah jurulatih tersebut sebelum ini semasa di dalam skuad kebangsaan.

"Kita juga telah mengesan beberapa kelemahan pada aksi menentang Pulau Pinang Sabtu lalu, dan berharap kelemahan itu dapat diatasi pada pertemuan dengan Kedah," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, faktor kecergasan mungkin disebabkan sesi latihan yang dikurangkan sepanjang bulan Ramadan selain cuti perayaan, namun ia akan diatasi dengan segera.

Jelasnya, skuad Kelantan kini bebas daripada masalah kecederaan dan pemain menunjukkan persaingan yang positif untuk merebut tempat dalam kesebela- san utama.

"Kita tetap berwaspada dengan ancaman Kedah walaupun aksi mereka agak goyah ketika bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kita akan menurunkan pasukan yang benar-benar mantap untuk mengelakkan berlakunya kesilapan bagi mengekang asakan Kedah," ujarnya.

Dalam pada itu, Azman berkata, pihak pengurusan sangat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain pinjaman mereka, Nazru- lerwan Makmor serta Norhisham Hassan.

Katanya, kemasukan kedua- dua pemain tersebut memantapkan lagi pasukan yang sedia ada terutama di barisan benteng Kelantan yang kini semakin kukuh menahan asakan.

Sunday, September 27, 2009

kosmo 28/9/2009

Hadiah tugas pertama Sathianathan

HADIAH yang sungguh bermakna.

Itu pengakuan jurulatih baru Kelantan, B. Sathianathan, laporLUQMAN HAKIM AB. RAHIM.

Dia lega apabila melihat anak didiknya berjaya membenam cabaran pasukan Pulau Pinang di Stadium Negeri Batu Kawan, Sabtu lalu.

Pada perlawanan itu, Kelantan menang 2-1.

Tiga mata berharga itu menjadikan pasukan dengan jolokan Kijang itu unggul menghuni tangga teratas Kumpulan E dan berada di landasan terbaik untuk melangkah ke saingan suku akhir.

Gol pertama dihasilkan melalui ketua pasukan, Indra Putra Mahyuddin menerusi sepakan penalti manakala gol kemenangan disempurnakan penyerang veteran, Khalid Jamlus.

Meskipun persembahan pasukan ini goyah pada separuh masa pertama sehingga memberi peluang kepada lawan untuk merobek gawang mereka, namun mereka pantas bangkit untuk memperkemaskan lagi gaya pergerakan.

Menurut Sathianathan, ekoran terlalu lama berehat, pemainnya menjadi lambat panas sehingga hilang punca dan tersentak dengan gerakan pantas yang diatur oleh jentera tengah pasukan lawan.

Katanya, persembahan anak buahnya serba tidak menjadi dan berada di bawab tahap sebenar sehingga membenarkan pasukan Pulau Mutiara itu menguasai perlawanan.

"Agak cemas pada mulanya kerana bimbang akan terus ketinggalan dengan jumlah gol yang besar.

"Bila masuk separuh masa kedua, semua pemain all-out, kita banyak menyerang dan menemui semula rentak permainan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau yang masih baru membimbing pasukan Kijang itu melontarkan pujian kepada semua pemain yang rata-ratanya bergerak aktif untuk mencari ruang dan bijak memanfaatkan peluang yang ada.

Mengenai persiapan menentang Kedah esok, Sathianathan mahu semua pemain bangkit menunjukkan prestasi sebenar dan mengekalkan momentum kemenangan bagi memudahkan tugas mereka menempah tiket ke suku akhir.


Saturday, September 26, 2009

video penang vs kelantan

preview Kelantan lawan Kedah

Sekali lagi skuad kelantan bakal berdepan dengan pasukan Kedah pada perlawan piala Malaysia bagi saingan kumpulan E.Perlawanan yang disifatkan pertembungan ‘buku dengan ruas’ ini pasti menjanjikan perlawanan bola sepak yang menarik di persada tanah air Malaysia.

Pada perlawanan pertama liga super semalam,kedah telah dikejutkan lawan yang boleh dikatakan agak rapuh dan tidak begitu digeruni berbanding pasukan lain,iaitu Angkatan Tentera Malaysia.Siapa sangka yang skuad ATM mampu mengikat kedah di Darul Aman,tapi ini lah yang dikatakan bola sepak,apa-apa boleh terjadi.Tatkala Skuad Red Warriors juga berhempas pulas bagi memenangi perlawan sulung menentang skuad ‘the panthers’ dari Pulau Mutiara,iaitu pasukan pulau Penang dengan jaringan 2-1 hasil gol Indra dan Khalid Jamlus.Apa yang tentu,Kedah bakal berjuang habis-habisan bagi mendapatkan kemengan moral dan menebus mata yang kehilangan di Alor Setar.Namun,Red warriors juga ada misi tersendiri di Kota Bharu nanti.

Perlawanan ini boleh disifatkan menjadi medan menguji keupayaan sebenar jurulatih baru yang dilantik,B Sathianathan yang menggantikan jurulatih sebelum ini,Peter Butler.Walaupun boleh dikatakan masih awal untuk melihat hasil daripada perancangan Sathia,namun dengan disiplin dan strategi yang mantap,para pengkritik mahupun penyokong sudah boleh melihat setakat mana usaha dan didikan yang diterapkan sathia kepada para pemain Kelantan.

Misi yang dimaksudkan diatas ialah misi membalas dendam setelah diaibkan di kota bharu pada saingan liga super musim lepas.Tapi,semua sudah berlalu.Semangat dan Keazaman pemain Sang Kijang ditambahkan lagi dengan kehadiran penyokong yang dijangkakan bakal memenuhkan ‘stadium keramat’ stadium sultan Muhammad ke-4 pasti menyemarakkan lagi para pemain bagi membenam sang Kenari.Tetapi,Azrai Khor sudah pasti mempunyai strategi tersendiri dan ada ramuan rahsia dalam mencari kemenangan sulung dalam kancah piala Malaysia.

Dari segi strategi pula,sudah pasti Sathianathan sudah merencana strategi yang mantap apatah lagi melihat pada betapa pentingnya perlawanan ini.Dengan ketidakhadiran dua ‘key’ player,Badhri radzi dan Ramzul Zahini,skuad Pahlawan merah dilihat mampu menyesuaikan diri perlahan-perlahan.Sementelah,kehadiran pemain pinjaman dari liga premier,Norhisham Hasan dan Nazrul Erwan makmur,skuad kelantan sudah pun mendapat suntikan semangat baru.Taktik menyerang sebagaimanan diterapkan butler sebelum ini dilihat menjadi untuk memperoleh 3 mata penting.Ketiadaan Khyril Muhymeen dikatakan menjadi Duri dalam Daging buat Azrai Khor yang buntu mencari pemain pinjaman sebelum ini.

Akhirkalam,jadikan perlawanan ini sebagai batu loncatan untuk menambahkan lagi jurang mata dengan pasukan lawan.Kemenangan ini boleh dijadikan kemenangan moral dan suntikan semangat buat Red warriors dan penyokongnya yang sering dilanda kontroversi.Semoga kemengan berpihak kepada skuad Kelantan ‘the red warriors’.

Prediction line up


………………………halim……………………….

………daudsu……..farisham……nazrul…….zairul..

………..Zamri………..khairan….Ezrie……..Indra…

……………………khalid…….norfarhan…………..

banner kelate vs kedah

Result first game

Friday, September 25, 2009

attacking style

Skuad Kijang hanya mahu menyerang

Ditulis oleh : Kosmo

Image
KELANTAN menaruh kepercayaan penuh kepada kebijaksanaan jurulatih barunya, B. Sathianathan.

BERBEKALKAN taktikal menyerang, skuad Kelantan optimis untuk melakar kemenangan pertama menentang Pulau Pinang dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Negeri Batu Kawan malam ini, lapor LUQMAN HAKIM AB. RAHIM.

Taktik tersebut yang sering kali membawa tuah kepada pasukan yang bergelar Kijang ini menjadi taruhan utama meskipun beraksi di gelanggang lawan.

Begitupun, skuad kendalian B. Sathianathan ini tidak akan mudah menyerah kalah dan mereka berazam bermain habis-habisan untuk meraih tiga mata berharga di tempat lawan.

Tanpa mahu melakukan perubahan drastik, Sathianathan yang baru saja mengambil alih sebagai jurulatih skuad ini berkata, apa yang mampu dilakukannya adalah memperkemaskan barisan pertahanan yang terdiri daripada pemain lama dan baru.

Dengan beberapa siri perlawanan persahabatan baru-baru ini, beliau melihat penglibatan kedua- dua barisan pemain ini dapat membentuk satu barisan pertahanan yang kental bagi menahan asakan skuad Harimau Kumbang nanti.

"Skuad ini (Kelantan) unik sebab ada pemain lama dan baru yang kebanyakannya berpengalaman luas.

"Semua pemain nampak bersemangat. Cuma nasihat saya, jangan pandang rendah pada pasukan lawan dan sentiasa perlu berhati-hati," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ibrahim pula memberitahu, barisan terbaik akan diturunkan malam ini bagi memastikan kemenangan memihak kepada mereka.

Menurutnya, semua pemain berada dalam keadaan terbaik dan masing-masing bersedia untuk menghadapi lawan.

"Saya harap semua pemain dapat menyerap tekanan, sebab ini perlawanan pertama selepas berehat panjang.

"Kita mahu bawa pulang tiga mata penuh," tambahnya

Thursday, September 24, 2009

game this saturday

Selamat datang sathia

Masalah paling besar

Isu 'bookie' punca Butler undur

Oleh Haspaizi Mohd Zain

SOAL disiplin serta perkhabaran pemain didekati bookie bola sepak dikaitkan antara punca kenapa Peter Butler bertindak meletakkan jawatan selaku ketua jurulatih Kelantan yang kini diisi oleh B Sathianathan.

Menurut sumber Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) permainan dipamerkan pemain Kelantan cukup misteri ketika beraksi garang di gelanggang sendiri, termasuk mampu menumbangkan Selangor tetapi hambar di laman lawan.

“Masalah disiplin adalah punca Butler meninggalkan pasukan, malah pemain juga kini mula didekati bookie,” kata sumber itu.

Sebelum ini bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar yang mengendali pasukan itu turut meletak jawatan ketika Kelantan dianggap sebagai pasukan yang digeruni dengan alasan ibunya sedang sakit di kampung.

“Malah Hashim (Mustapha) juga dikatakan tidak berminat dengan jawatan itu jika jurulatih belia Kelantan (Kamaruddin Mohd Noor) dilantik penolong jurulatih.

Katanya, selain itu terdapat juga individu tertentu dalam pengurusan Kafa menyimpan impian untuk menduduki kerusi pengurus pasukan, selain memantau prestasi pemain Kelantan.


Sathia..

Sathia janji bawa perubahan


SATHIANATHAN (kanan, depan) diperkenalkan kepada barisan pemain Kelantan kelmarin.


"SAYA tak pernah jumpa sebuah pasukan yang memiliki penyokong yang begitu fanatik dan setia di belakang pasukan. Itulah sebabnya saya ke sini".

Demikian ujar ketua jurulatih baru Kelantan, B. Sathianathan yang akan menerajui Sang Kijang pada kempen Piala Malaysia 2009 yang bermula Sabtu ini, lapor KHAIRI MOHAMAD.

Menurutnya, beliau sudah lama mengikuti perkembangan pasukan Kelantan dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini pasukan ini serius untuk meningkatkan martabat bola sepak mereka.

"Kelantan kini begitu serius dalam menaikkan mutu bola sepak mereka dan mereka ada cita-cita dan sasaran untuk menjadi gergasi bola sepak negara.

"Dengan adanya beberapa pemain yang berkaliber serta memiliki nama besar dalam dunia bola sepak di negara ini, saya yakin pilihan saya kali ini tepat," katanya ketika ditemui malam kelmarin.

Tambahnya, sokongan daripada peminat juga memainkan peranan yang begitu besar dalam bola sepak dan di Kelantan mereka terlalu gilakan bola.

Jelasnya, beliau tidak menolak berdepan dengan tekanan yang begitu memuncak berikutan harapan peminat yang terlalu tinggi.

"Pengalaman semasa menjadi jurulatih negara mungkin memberi kelebihan kepada saya untuk mengawal tekanan yang ada dan sebagai jurulatih tekanan adalah satu cabaran yang baik.

"Sasaran Kelantan untuk kempen Piala Malaysia jelas dan saya harap saya mampu realisasikan harapan pihak pengurusan dan peminat," jelasnya.

Sathianathan sebelum itu menghadiri majlis memperkenalkan beliau secara rasmi sebagai ketua jurulatih Kelantan kepada pemain dan peminat ketika perlawanan persahabatan antara Kelantan dan Pilihan Afrika yang berkesudahan seri 1-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam kelmarin.

Sementara itu, ketua pasukan baru Kelantan, Indra Putra Mahyuddin berkata, beliau dan pemain lain tiada masalah untuk memberi kerjasama kepada jurulatih baru mereka.

"Secara peribadinya saya tiada masalah dengan beliau dan saya sudah bersama beliau sejak pada usia belasan tahun lagi selain bersama dengan skuad kebangsaan sebelum ini," jelas Indra.

"Sebagai pemain, kami perlu cepat menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan yang berlaku dalam pasukan ini termasuk menerima kehadiran jurulatih yang baru."

Tuesday, September 22, 2009

team kelantan 2009

wan zaharlnizam..bintang baru

Coacg baru,impian baru

Sathianathan bimbing Kelantan




KEHILANGAN jurulatih Peter James Butler beberapa hari lalu mengundang sedikit kegusaran di kem skuad bola sepak Kelantan.

Tambahan pula, Kelantan kini dalam persiapan akhir bagi menghadapi kempen PialaMalaysia yang bermula Sabtu ini.

Berikutan itu, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengambil tindakan drastik untuk mencari pengganti Butler.

Selang empat hari selepas Butler meninggalkan Kelantan, presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa akhirnya mengumumkan kerusi panas tersebut bakal diisi oleh bekas jurulatih negara, B. Sathianathan (gambar) yang akan menerajui Kelantan sepanjang kempen Piala Malaysia kali ini.

"Pelantikan ini bukan dibuat secara terburu-buru dan sekadar 'melepas batuk di tangga' kerana sebelum ini juga kita telah membuat penilaian terhadap beliau (Sathianathan).

"Tindakan yang dilakukan oleh Peter menyebabkan kita mengambil keputusan menamakan B. Sathianathan sebagai ketua jurulatih yang baru," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Tambah Annuar, Kelantan begitu optimis untuk mencipta kejutan dalam kempen Piala Malaysia kali ini dan para pemain tidak terkesan dengan peletakan jawatan Butler yang dilaporkan telah menandatangani kontrak dengan kelab Myanmar, Yangoon United FC.

"Kita sudah menyemak kontrak dan Peter seharusnya memberi notis sebulan sebelum meninggalkan pasukan, namun beliau gagal berbuat demikian.

"Ini adalah satu tindakan yang tidak beretika dan kita akan maklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta pasukan barunya untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Sementara itu, Annuar juga mengumumkan Kelantan kini sedang menguji seorang pemain remaja yang beraksi bersama pasukan simpanan kelab gergasi Itali, Juventus.

"Pemain yang mampu beraksi di posisi pertahanan dan tengah berusia 19 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak.

"Dia ke Itali sejak berusia 15 tahun untuk menyambung pelajaran dan turut beraksi bersama kelab tersebut.

"Kita akan menguji beliau untuk melihat aksi dan sekiranya aksi yang dipamerkan memikat pihak pengurusan, kita mungkin bersedia menawarkan kontrak untuknya," jelasnya.

Saturday, September 19, 2009

Bye-bye butler

Butler tinggalkan Kelantan




KETIKA kempen Piala Malaysia bakal membuka tirainya kurang lebih seminggu lagi, pasukan Kelantan mene- rima berita kurang menyenangkan.

Selepas terpaksa melupakan khidmat ketua pasukan, Badri Radzi yang mengalami kecederaan serius, perjuangan Kelantan sekali lagi tersentak apabila ketua jurulatihnya, Peter James Butler (gambar) meletakkan jawatan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya menerima surat peletakan jawatan jurulatih dari England itu melalui faksimile kelmarin.

Menurutnya, dalam surat peletakan jawatan itu, Peter memberikan alasan bahawa isterinya sakit.

"Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tamparan kepada persiapan kita menjelang Piala Malaysia. Namun, hasil perbincangan antara pihak pengurusan dan pemain, kami sebulat suara menerima peletakan jawatan Peter.

"Perkara ini adalah benda yang sama berlaku pada kita musim lepas apabila jurulatih turut mengundurkan diri ketika kita sedang bersiap untuk ke Piala Malaysia," katanya ketika ditemui semalam.

Berikutan itu, Annuar berkata, penolong jurulatih, Hashim Mustapha dipilih untuk memikul tanggungjawab tersebut buat masa ini dan jurulatih Piala Presiden, Kamaruddin Md. Noor juga dipanggil untuk membantu skuad Kelantan.

"Hashim akan meneruskan sistem latihan serta taktikal permainan seperti yang diterapkan oleh Peter dengan sedikit proses penambahbaikan.

"Saya juga akan memberi perhatian yang lebih serta meluangkan lebih banyak masa dengan pemain," ujarnya.