Saturday, July 25, 2009

first wallpaper

Tuesday, July 21, 2009

video kelantan lawan kedah

Review kelantan lawan kedah


sedih,itulah gambaran penulis ketika menulis artikel ini.kekalahan buat kali ke-3 di gelanggang keramat sememangnya menyedihkan kerana rekod kita sebelum ini begitu hebat di persada malaysia.memang diluar jangkaan penulis perlawanan ini.

berbalik kepada topik,kelantan bermula dengan baik melalui percubaan ailim fahmi,hasil hantaran lintang Nor farhan,tapi sayang..percubaannya terkena palang gol.kemudian,game boleh dikatakan hambar kerana permainan lebih bertumpu kepada tengah,walaupun sebenarnya kelantan buntu mencari pemain yang boleh mengawal kawasan tengah dengan cemerlang.Seakan-akan keilangan idea,saffuan ibrahim tenggelam dan suram aksinya,mungkin tidak biasa bermain di posisi badri radzi yang tercedera.Indra pula jelas keletihan dek kerana beraksi 2 perlawanan menentang MU,jelas penulis katakan,inilah aksi terburuk yang penulis pernah lihat dari indra putra mahayuddin.Barisan tengah memang tragis,khairan eroza dan rizal fahmi gagal menjalankan tugas mereka sebaik mungkin,rizal fahmi selalu hilang bola,begitu juga dengan khairan.Pendek kata,teruk sekali permainan kita malam ini.

ada juga yang berpendapat kelantan tidak menjadi kerana kehilangan kapten pasukan,badri radzi yang terlantar akibat daripada kecederaan.Setakat ini,belum ada lagi yang menunjukkan potensi untuk betul-betul menggantikan tempatnya.sepakan sudut dan free kick specialist yang sememangnya menjadi tugas badhri untuk mengambilnya,ditagih peminat kelantan.penulis berasa tidak salah untuk berkata jika kehilangan kian dirasai,terdengar juga suara-suara dari belakang menyebut namanya semasa set-piece mahu diambil.ketiadaan playmaker ini sememangnya menjadi duri dalam daging buat kelantan pada malam ini,oleh kerana belum ada pemain yang yang betul-betul boleh konsisten di posisi tersebut.

pertahanan pula,kerap melakukan kesilapan yang hampir-hampir membawa kepada gol-gol lain.Farisham,Azlan,Zairul Fitree dan Hanif,semuanya tidak dapat lepas dari melakukan kesilapan yang sememangnya lumrah manusia.Hanif,masih tergagap-gagap lagi,namun separuh masa kedua barulah boleh dikatakan meningkat sedikit.Farisham pula,seperti diketahui umum akan kepantasan nya,menggunakan kelebihannya itu sebaik mungkin walaupun kadang-kadang terlepas bola mudah yang hampir mencecah gawang gol kelantan.Azlan Zainal kali ini beraksi biasa,tapi mencemaskan para penonton yang melihatnya,tetapi nasib baik azlan dilihat lebih laju kali ini.Bagaimanapun,Azlan kehilangan kesabarannya apabila menempelak kepala pemain kedah,dan kemudian menimbulkan kekecohan di atas padang sehingga terjadi pergaduhan kecil diantara pemain lawan.sudah tertentu beliau dilayangkan kad merah kerana perbuatannya itu yang dianggap kasar.Zairul fitree cuba beraksi sebaik mungkin,kesungguhan beliau memang tidak perlu dipertikaikan,,berjaya mengawal bahagian kiri dengan baik,tetapi kali ini jarang melakukan overlapping,tidak seperti biasa.Overall,masih Ok buat zairul

Kemunculan Permata baru Kelantan,Wan Zaharulnizam Wan zakaria mula menjadi topik perbualan para peminat sang kijang.Memakai jersey no. 27,ramai ingatkan Zamri Ramli pada mulanya,namun mereka mula sedar ini bukan Zamri.Namun setelah beberapa kali membawa bola,mereka manghamburkan pujian buat zaharulnizam.Larian beliau yang agak pantas serta skill yang ditunjuk mengkagumkan penulis dan orang yang berada di sekitar.

Para pemain pasukan Kedah,pada pendapat penulis,bukanlah bagus sangat aksinya pada malam ini.Cuma nasib lebih menyebelahi mereka.Pertahanan dikawal ketat oleh sabree abu dan victor andrag,manakala mereka lebih jitu dalam menghasilkan serangan yang efektif walaupun banyak kali offsaid.Gol yang dihasilkan sememangnya menarik,tahniah buat Sang Kenari yang berjaya mengutip tiga mata di Kota Bharu.

Apa yang menyedihkan penulis adalah sikap para peminat red warriors yang dikatakan sudah 'insaf'.botol-botol bertaburan di atas trek,cuma tiada mercun.beberapa perkara yang tidak menjadi puas hati,lalu dilemparkan pelbagai jenis objek ke padang.Sampaikan terkena para pemain kedah dan perlawanan terhenti buat beberapa minit disebabkan balingan objek dan provokasi terhadap penjaga garisan yang dianggap tidak menjalankan tugas dengan baik.Ditambahkan lagi hujan yang turun dengan lebat,membasahi setiap pelusuk tempat terbuka di stadium,menambahkan lagi semangat mereka.Pemain Kedah yang berpura-pura cedera menaikkan lagi kebencian mereka yang tidak mampu menahan sabar.Nasihat penulis,berubahlah,demi kebaikan bersama

sekian saja coretan dari penulis buat kali ini,walaupun sedih namun jangan difikirkan sangat,ingat target KAFA pada musim ini.Ukurlah baju pada badan sendiri.Skuad kita masih banyak kekurangan dan masih dalam proses untuk meningkat.Semoga perlawanan seterusnya menentang Johor FC,pemain boleh beraksi sebaik mungkin.

rating match lawan kedah

shahrizan-7(kurang menyengat)
ropi-8(sedak la jgk)
ise-9(payoh sek kedoh nk lepah walaupun ada berlaku beberapa kesilapan)
azlan-7.5(out of position sokmo)
hanif-7(tergagap-gagap,second half ok)
khaire-6.5(kurang menjadi)
rizal6.5(sama seperti khaire)
sapue6.5(kurang idea)
indra7(sorry,bkn salahkan indra,tp beliau jelas keletihan)
farhan7(kurang menyerlah)
Ailim9(sedak,second half kure jd)

subtitue

pok chek-9(meme sedak,ramai ore suko)
kholid-?(x tahu nok komen hok nih,pikirlah sndri)
mudin-7(x dey nk wat gapo,lewat masuk)

Thursday, July 16, 2009

preview Kelantan lawan Kedah


Perlawanan yang paling dinanti-nantikan oleh peminat Red Warriors,Pertemungan antara sang kijang menentang Sang Kenari,pasti menjanjikan satu perlawanan yang menarik dan komperatif.Tatkala kedua-dua pasukan sama-sama bersaing untuk mendapatkan tempat ke-3,perlawanan dijangkakan sengit dan para pemain pasti berjuang bermati-matian kerana di sinilah penentu segala-galanya.Perlawanan ini juga merupakan perlawanan terakhir di Gelanggang keramat,Stadium Sultan Muhammad IV bagi sesi Liga Super 2009.

Sememangnya jurulatih kelantan,Peter Butler sudah menggarapkan percaturan yang terbaik kali ini.Kelibat skuad tanpa kapten pasukan,Badhri Radzi sememangnya menjadi suatu kesalan dan kesedihan,namun Kelantan mempunyai ramai lagi permata muda yang mampu menggalas dan menggantikan tempat beliau.Mungkin Peter Butler boleh menurunkan Zaharulnizam Zakaria,pemain yang baru diserap ke skuad utama,ataupun Safuan Ibrahim yang kerap diturunkan sejak beberapa perlawanan lepas.Siapakah pemain itu pasti menimbulkan konotasi yang amat mendalam.

Bertumpu kepada barisan serangan,sudah menjadi satu kesedihan buat penulis dek kerana ketumpulan barisan serangan yang hanya menjadi pada awal musim,kerap dianggap satu perkara umpama duri dalam daging pasukan kerana tidak banyak gol yang berjaya dihasilkan mereka.Kelibat Ramzul Zahini yang lama menyepikan diri disebabkan oleh masalah kecederaan,memang betul-betul menjadi satu kerugian buat sang kijang.Ini kerana setakat ini belum ada pengganti yang betul-betul sofistikated dan berkemampuan untuk memberi impak yang sama sepertinya.Hendak mengharapkan Khalid Jamlus,memang susah untuk diduga.Ada yang berpendapat jika khalid betul-betul bersungguh,pasti mampu dia beraksi dengan baik.Tetapi pada kaca mata penulis,hanya kekecewaan sahaja yang diberikan.Nor Farhan pula tidak menentu,aksinya hanya biasa sahaja,tiada yang lebih,tiada yang kurang.Kemarau gol terus menghantui Farhan kerana begitu banyak perlawanan sudah beliau tidak memecahkan jarring gol lawan.Sementara itu,seorang lagi anak muda,Ailim Fahmi turut menjadi perbualan ramai,dek kerana aksinya yang memikat ramai pihak,namun dikatakan belum cukup konsisten setakat ini.Umpama Farhan,aksinya juga tidak menentu.Akan tetapi,penulis yakin jika diberikan secukup ruang dan pengalaman,anak muda ini mampu menyinar di persada bola sepak tanahair suatu hari nanti.

Pasukan Kedah yang dibarisi pemain-pemain yang kebanyakkan dibarisi oleh pemain-pemain yang setahun jagung dalam liga super,pastinya memberi tentangan yang hebat buat skuad Kelantan.Apa tidaknya,sebut saja nama Khairyl Muhymeen,Helmi Eliza Elias,V.Thimurugam,pastinya menimbulkan rasa bimbang dalam rata-rata peminat mahupun pemain sendiri.Benteng Kelantan pastinya kelibat Khyrl Muhymeen menjadi suatu ugauan yang membimbangkan kerana prestasinya yang kian meningkat dan bila-bila masa sahaja boleh melepasi Azlan Zainal mahupun Farisham,ataupun menewaskan shahrizan.Semoga Azlan Zainal berada dalam kondisi yang terbaik dan mampu memberikan segala yang termampu kali ini,janganlah bermain seperti awal musim pula!buruk padahnya.Benteng kedah mungkin diketuai oleh Victor Andrag sambil dibantu oleh Sabree Abu,boleh menjadi suatu halangan yang buat skuad Red Warriors meraih 3 mata.Zairul Fitree dan Hanif pula harus bersedia untuk melakukan overlap disamping mempertahankan gawang gol dari dibolosi.Sudah banyak kesilapan berpunca dari serangan ‘counter attack’ dari bahagian tepi yang membawa padah buat Skuad Kijang.

Mungkin tipikal,tapi jika persembahan yang jitu yang dipersembahkan oleh skuad kita dari segenap penjuru,tidak susah buat kita memperoleh 3 mata kali ini.Kepada peminat Red Warriors yang mampu untuk pergi ke Stadium,Apa lagi,turun padang dan berikan sokongan yang padu buat pasukan Red Warriors kesayangan kita.Penulis menjangkakan stadium bakal bergema dengan laungan ‘Gomo Kelate Gomo’ dan biasanya stadium akan penuh pada perlawanan seumpama ini.Sama-sama kita berdoa agar pasukan kita berjaya dan penonton tampil dengan imej yang sensual.

Sunday, July 12, 2009

preview




MEMBURU TEMPAT KE 3

Pasukan kelantan mendapat peluang keemasan apabila berpeluang untuk memintas skuad ‘sang Kenari’ itupun jika mereka berjaya melakarkan kemenangan pada saingan liga super yang bakal berlangsung tidak lama lagi.Pokoknya,mampukah?dalam keadaan yang agak meruncing dan medebarkan ini,penulis berharap agar skuad kijang mampu meresap tekanan tatkala beberapa ‘key player’ mengalami kecederaan serius.

Penulis lebih gemar jika bercakap mengenai percaturan yang bakal dilakukan oleh jurulatih pasukan,Peter Butler.teka-teki mengenai siapakah bakal menggantikan ketua pasukan,muhd Badri Radzi yang ditimpa kecederaan teruk dan terpaksa direhatkan selama beberapa bulan.Pemain ini haruslah berkaliber dan mampu merobek gawang gol kedah disamping mempunyai pemikiran kreatif.sama-sama kita nantikan kesebelasan utama yang dijangkakan menarik ditambahkan lagi persolan siapakah bakal kapten baru Kelantan.

Jika dilihatkan aksi Kedah ketika menentang Johor FC beberapa hari lepas,tidak mustahil rasanya untuk memperoleh tiga mata pada perlawanan liga nanti.tetapi,kita harus berwaspada dengan pasukan jiran,Terengganu yang kian dekat mengejar kita.Sang Penyu sudah pastinya menjadi salah satu saingan yang agak sengit buat pasukan kita kali ini.ketajaman ashaari dan azlan ismail sudah pasti menjadi tunjang utama pasukan terengganu dalam misi mengejar kita.

Akan begitu,penyerang kelantan pula dilihat tidak beberapa konsisten tatkala khalid jamlus dan Nor Farhan terus kemarau gol,manakala aksi Ailim Fahmi pula tidak menentu.Ketiadaan Ramzul Zahini kian terasa kerana kudratnya ditagih sebagai super sub terbaik.Setakat ini tiada satu pun pemain simpanan yang boleh dikatakan cemerlang termasuklah Faizol,Nizad Ayub ataupun Afiq Akmal,semuanya gagal menambat hati Butler.Aksi yang disifatkan peminat sebagai berkarat disebabkan jarang diturunkan menjadi ‘main point’ utama penurunan prestasi sesetengah pemain

Dalam konteks lain,sudah tentu peminat berharap agar wira-wira kita bertarung dengan sebaik mungkin kerana hanya berbaki 2 perlawanan saja lagi,itulah yang bakal menentu apakah kedudukan skuad kita kali ini.Penulis yakin kita mampu melakarkan kemenangan ketika berdepan kedah kali ini,kerana kedua-dua pasukan ini boleh dikategorikan sebagai stabil,tiada yang lebih dan tiada yang kurang buat masa ini.Semoga Red Warriors mampu melakarkan kemengan kerana kita mampu.Gomo Kelate Gomo!


Saturday, July 11, 2009

first wallpaper

JC KELANTAN

Wednesday, July 8, 2009

Formasi terkini Kelantan

kawe raso la..

........................mat shah.........................
....hanif.......ise.........jele............ropi......
..........................khaire..........................
indra..........................................mat yie
...........Kolid........paan............ailim....

Sunday, July 5, 2009

T-shirt Kelantan Red warriors


Manchester united new signing


Ucapan pembukaan

Salam semua,ini adalah blog terbaru saya menggantikan blog lama atas komen2 yang diterima dan harapan saya agar blog ini boleh berjalan dengan lancar,insyaallah..