Thursday, July 16, 2009

preview Kelantan lawan Kedah

Posted on 5:44 AM by red warrior


Perlawanan yang paling dinanti-nantikan oleh peminat Red Warriors,Pertemungan antara sang kijang menentang Sang Kenari,pasti menjanjikan satu perlawanan yang menarik dan komperatif.Tatkala kedua-dua pasukan sama-sama bersaing untuk mendapatkan tempat ke-3,perlawanan dijangkakan sengit dan para pemain pasti berjuang bermati-matian kerana di sinilah penentu segala-galanya.Perlawanan ini juga merupakan perlawanan terakhir di Gelanggang keramat,Stadium Sultan Muhammad IV bagi sesi Liga Super 2009.

Sememangnya jurulatih kelantan,Peter Butler sudah menggarapkan percaturan yang terbaik kali ini.Kelibat skuad tanpa kapten pasukan,Badhri Radzi sememangnya menjadi suatu kesalan dan kesedihan,namun Kelantan mempunyai ramai lagi permata muda yang mampu menggalas dan menggantikan tempat beliau.Mungkin Peter Butler boleh menurunkan Zaharulnizam Zakaria,pemain yang baru diserap ke skuad utama,ataupun Safuan Ibrahim yang kerap diturunkan sejak beberapa perlawanan lepas.Siapakah pemain itu pasti menimbulkan konotasi yang amat mendalam.

Bertumpu kepada barisan serangan,sudah menjadi satu kesedihan buat penulis dek kerana ketumpulan barisan serangan yang hanya menjadi pada awal musim,kerap dianggap satu perkara umpama duri dalam daging pasukan kerana tidak banyak gol yang berjaya dihasilkan mereka.Kelibat Ramzul Zahini yang lama menyepikan diri disebabkan oleh masalah kecederaan,memang betul-betul menjadi satu kerugian buat sang kijang.Ini kerana setakat ini belum ada pengganti yang betul-betul sofistikated dan berkemampuan untuk memberi impak yang sama sepertinya.Hendak mengharapkan Khalid Jamlus,memang susah untuk diduga.Ada yang berpendapat jika khalid betul-betul bersungguh,pasti mampu dia beraksi dengan baik.Tetapi pada kaca mata penulis,hanya kekecewaan sahaja yang diberikan.Nor Farhan pula tidak menentu,aksinya hanya biasa sahaja,tiada yang lebih,tiada yang kurang.Kemarau gol terus menghantui Farhan kerana begitu banyak perlawanan sudah beliau tidak memecahkan jarring gol lawan.Sementara itu,seorang lagi anak muda,Ailim Fahmi turut menjadi perbualan ramai,dek kerana aksinya yang memikat ramai pihak,namun dikatakan belum cukup konsisten setakat ini.Umpama Farhan,aksinya juga tidak menentu.Akan tetapi,penulis yakin jika diberikan secukup ruang dan pengalaman,anak muda ini mampu menyinar di persada bola sepak tanahair suatu hari nanti.

Pasukan Kedah yang dibarisi pemain-pemain yang kebanyakkan dibarisi oleh pemain-pemain yang setahun jagung dalam liga super,pastinya memberi tentangan yang hebat buat skuad Kelantan.Apa tidaknya,sebut saja nama Khairyl Muhymeen,Helmi Eliza Elias,V.Thimurugam,pastinya menimbulkan rasa bimbang dalam rata-rata peminat mahupun pemain sendiri.Benteng Kelantan pastinya kelibat Khyrl Muhymeen menjadi suatu ugauan yang membimbangkan kerana prestasinya yang kian meningkat dan bila-bila masa sahaja boleh melepasi Azlan Zainal mahupun Farisham,ataupun menewaskan shahrizan.Semoga Azlan Zainal berada dalam kondisi yang terbaik dan mampu memberikan segala yang termampu kali ini,janganlah bermain seperti awal musim pula!buruk padahnya.Benteng kedah mungkin diketuai oleh Victor Andrag sambil dibantu oleh Sabree Abu,boleh menjadi suatu halangan yang buat skuad Red Warriors meraih 3 mata.Zairul Fitree dan Hanif pula harus bersedia untuk melakukan overlap disamping mempertahankan gawang gol dari dibolosi.Sudah banyak kesilapan berpunca dari serangan ‘counter attack’ dari bahagian tepi yang membawa padah buat Skuad Kijang.

Mungkin tipikal,tapi jika persembahan yang jitu yang dipersembahkan oleh skuad kita dari segenap penjuru,tidak susah buat kita memperoleh 3 mata kali ini.Kepada peminat Red Warriors yang mampu untuk pergi ke Stadium,Apa lagi,turun padang dan berikan sokongan yang padu buat pasukan Red Warriors kesayangan kita.Penulis menjangkakan stadium bakal bergema dengan laungan ‘Gomo Kelate Gomo’ dan biasanya stadium akan penuh pada perlawanan seumpama ini.Sama-sama kita berdoa agar pasukan kita berjaya dan penonton tampil dengan imej yang sensual.

No Response to "preview Kelantan lawan Kedah"

Leave A Reply