larian messi che hisamudin from epick on Vimeo.
Wednesday, December 30, 2009
ulasan Kelantan vs Felda
Kelantan 1 - Felda United 1
*akmal *khaironisam
barisan
....................akmal..................Hairuddin.....................
........indra.........piya.........shakir...............izuan...........
........zamri...........subra............azizi..........daudsu.......
..................................shahrizan.................................
Subtitution
Akmal>che hisamuddin
hairuddin>Nizad
Piya>wan Zaman
Shakir>khairan
Izuan>Zul Yusri
Zamri>Farisham(injured)
Subra>Rizal
ulasan
-Felda control game first half
-Hairuddin cemerlang tetapi akmal Rizal mengecewakan
-Shakir bermain baik tetapi piya nampak cuai,second half ok ckit
-subramaniam tidak beraksi baik dan mengecewakan,tetapi Azizi cemerlang
-pemain gantian zul yusri,wan zaman,farisham,rizal fahmi,nizad ayub,khairan
-wan zaman nampak bagus namun zul yusri kekal di bawah potensi
-izuan dan zamri sekadar bermain biasa,cuma zamri nampak lebih bersemangat
-che hisamudin terlepas beberapa peluang cemerlang namun aksi lebih baik berbanding pemain lain
-Indra sedikit tenggelam
-Rizal Fahmi nampak tenang
-gol lawan dr khairunisam cantik,mat shah sekdr melihat shj
-gol akmal rizal hasil tampanan pemain lawan
-turut kelihatan hardi ahmad dan Bala
-benteng Felda kemas dikawal nazrul dan khaironisam
-mat shah menyelematkan beberapa percubaan merbahaya
-beberapa percubaan merbahaya dari hairuddin(2 kali),wan zaman,che hisamuddin
Monday, December 28, 2009
Sunday, December 27, 2009
Wednesday, December 23, 2009
Kelantan 2 - tteam 0
Kelantan 2 - Tteam 0
*farhan
*chanturu
-player kelate bnyk yg perform
-nizad ayub menjadi sub dan dikeluarkan balik
-player baru bernama somchai
-tiada balingan mercun dan penonton berdisiplin
-syed adney save penalty dan nampak tenang,kadang membuat kesilapan mudah
-padang licin,hairuddin,nizad,shahrul idlan kerap tergelincir
-ismail farouqi nampak cemerlang
-zul yusri dan nizad pemain yang tidak perform
-defender nampak kemas kecuali zamri yang awalnya nampak gemuruh
-tengah dikawal baik oleh piya dan shakir,piya nampak berhati-hati
-chanturu mencuri perhatian penonton dengan larian laju,manakala sharul idlan beraksi baik tp kerap tergelincir
-Indra beraksi seperti biasa,jarang melakukan percubaan
-pemain gantian ialah ailim,wan zaman,izuan solahuddin,farisham,zairul,zul yusri,somchai,hairuddin
-pertahanan yang diterajui azizi nampak kemas dibantu rizal dan daudsu.daudsu cemerlan
Tuesday, December 22, 2009
Thursday, December 17, 2009
Wednesday, December 16, 2009
Jadual Liga super
LIGA SUPER 2010
PUSINGAN PERTAMA
09/01 - TERENGGANU VS KELANTAN
12/01 - kELANTAN VS JOHOR
16/01 - PERLIS VS KELANTAN
19/01 - KELANTAN VS KEDAH
23/01 - KELANTAN VS JOHOR FC
26/01 - PERAK VS KELANTAN
30/01 - KELANTAN VS P.PINANG
06/03 - T-TEAM VS KELANTAN
13/03 - KELANTAN VS SELANGOR
17/04 - N.SEMBILAN VS KELANTAN
20/04 - KELANTAN VS K.LUMPUR
24/04 - KL PLUS VS KELANTAN
04/05 - KELANTAN VS PAHANG
PUSINGAN KEDUA
08/05 - PAHANG VS KELANTAN
15/05 - KELANTAN VS TERENGGANU
18/05 - JOHOR VS KELANTAN
22/05 - KELANTAN VS PERLIS
25/05 - KEDAH VS KELANTAN
29/05 - JOHOR FC VS KELANTAN
01/06 - KELANTAN VS PERAK
05/06 - P.PINANG VS KELANTAN
08/06 - KELANTAN VS T-TEAM
13/07 - SELANGOR VS KELANTAN
17/07 - KELANTAN VS N.SEMBILAN
20/07 - K.LUMPUR VS KELANTAN
24/07 - KELANTAN VS KL PLUS
PUSINGAN PERTAMA
09/01 - TERENGGANU VS KELANTAN
12/01 - kELANTAN VS JOHOR
16/01 - PERLIS VS KELANTAN
19/01 - KELANTAN VS KEDAH
23/01 - KELANTAN VS JOHOR FC
26/01 - PERAK VS KELANTAN
30/01 - KELANTAN VS P.PINANG
06/03 - T-TEAM VS KELANTAN
13/03 - KELANTAN VS SELANGOR
17/04 - N.SEMBILAN VS KELANTAN
20/04 - KELANTAN VS K.LUMPUR
24/04 - KL PLUS VS KELANTAN
04/05 - KELANTAN VS PAHANG
PUSINGAN KEDUA
08/05 - PAHANG VS KELANTAN
15/05 - KELANTAN VS TERENGGANU
18/05 - JOHOR VS KELANTAN
22/05 - KELANTAN VS PERLIS
25/05 - KEDAH VS KELANTAN
29/05 - JOHOR FC VS KELANTAN
01/06 - KELANTAN VS PERAK
05/06 - P.PINANG VS KELANTAN
08/06 - KELANTAN VS T-TEAM
13/07 - SELANGOR VS KELANTAN
17/07 - KELANTAN VS N.SEMBILAN
20/07 - K.LUMPUR VS KELANTAN
24/07 - KELANTAN VS KL PLUS
Tuesday, December 15, 2009
Monday, December 14, 2009
Malaysia Mara ke Perlawanan akhir
Sunday, December 13, 2009
Tempahan Jersey Kelantan 2010
Siaran Langsung Malaysia vs Laos
Tarikh : 14 Dec 2009 (Isnin) Masa : 8 malam Saluran : RTM 2 |
Saturday, December 12, 2009
Tuesday, December 8, 2009
Hai-O sertai Red Warriors
menurut saudara Akmal Rizal melalui Facebook,disahkan penyerang berprolifik negara yang juga salah seorang pemain yang bertanggungjawab menguburkan harapan Red warriors pada final Piala Malaysia lalu,Hairuddin Omar bakal menyarung Jersi skuad Kijang musim hadapan.Dengan kemasukan Hairuddin Omar maka lengkaplah kuota 26 pemain kelantan.Ura-ura yang mengatakan pemain tengah muda,Ezrie Shafizi dipanggil balik menyertai Kelantan sekadar khabar angin.Hairuddin dijangka bakal menguatkan lagi jentera serangan Red Warriors sambil dibantu rakan seperti nor farhan,indra dan Akmal Rizal.Beliau juga bakal menyertai rombongan ke Bangkok Thailand bagi perlawanan persahabatan yang bakal berlangsung di sana
Sunday, December 6, 2009
Tuesday, December 1, 2009
Thursday, November 26, 2009
Berita dr Kosmo
Kelantan minat lamar Soley
SEPERTI belum berpuas hati, Kelantan meneruskan pemburuannya untuk mendapatkan khidmat beberapa lagi pemain berstatus bintang bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Terbaru, sayap lincah Perlis, Solehuddin Abdullah (gambar) atau lebih dikenali sebagai K. Soley dikaitkan dengan perpindahan ke Kelantan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, The Red Warriors bersedia menerima bekas pemain Kedah itu untuk menyertai Kelantan bagi musim 2010.
Bagaimanapun, Annuar berkata, beliau menyerahkan kepada pemain terbabit untuk berbincang dengan pihak pengurusan Perlis kerana dia masih mempunyai kontrak dengan skuad Singa Utara itu.
"Dalam usaha mewujudkan sebuah pasukan yang benar-benar mantap, kita memang memerlukan pemain seperti Soley kerana dia seorang pemain yang mantap dan bagus.
"Masalah nilai kontrak yang perlu dibayar Kelantan untuk mendapatkan pemain itu tidak timbul kerana dalam bola sepak, kita sanggup buat apa sahaja untuk mencapai kejayaan," kata Annuar semalam.
Sebelum ini, tujuh muka baru, Syed Adney Syed Hussain, Akmal Rizal Rakhli, Nurshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu, S. Subramaniam, Shakir Shaari dan Azizi Mat Rose telah mengesahkan akan menyarung jersi Kelantan bagi musim 2010.
Annuar turut menyampaikan khabar gembira kepada pemain dan peminat pasukan Kelantan apabila The Red Warriors bakal beraksi pada Kejohanan Liga Juara-Juara Kelab Liga Singapura dan Liga Malaysia.
"Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga mencadangkan Kelantan untuk bertanding pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tetapi AFC masih belum menerima cadangan tersebut kerana Kelantan hanya berada di tangga keenam Liga Super musim ini," ujarnya.
Sunday, November 22, 2009
Thursday, November 19, 2009
Tuesday, November 17, 2009
Berita dr Kosmo
Akmal milik Kelantan
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan, enam pemain baru akan menyarung jersi Kelantan untuk musim 2010.
Antara pemain yang telah mengesahkan untuk bersama Kelantan ialah Nurshahrul Idlan Talaha, Syed Adney Syed Hussein, S. Subramaniam, S. Chanturu, Azizi Mat Rose, Shakir Shaari dan Akmal Rizal Rakhli.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa memberitahu, kehadiran pemain-pemain itu adalah usaha untuk membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap selain sasaran untuk terus memburu kejuaraan.
Menurutnya, tempoh dua tahun termasuk musim 2009 merupakan pembentukan asas pasukan dan tahun 2010 adalah untuk mereka meneruskan aksi dengan persembahan yang lebih baik.
"Kita mahukan satu pasukan dengan corak permainan bola sepak moden yang pantas serta mempunyai tahap stamina yang tinggi.
"Kehadiran Nurshahrul dan Chanturu yang masih muda adalah taruhan terbaik untuk mengepalai jentera serangan Kelantan selain pengalaman yang dimiliki Akmal," katanya ketika ditemui pada sidang media di Wisma KAFA di Kota Bharu semalam.
Tambahnya, Subramaniam yang merupakan bekas kapten Perak dan pernah beraksi untuk pasukan negara bersama-sama bekas pertahanan Perlis, Azizi disenaraikan bagi mengatasi kelemahan bahagian pertahanan.
Katanya, perancang Kelantan, Badri Radzi akan mempunyai pasangan baru selepas Kelantan berjaya mengikat Shakir Shaari yang sebelum ini menimba pengalaman dengan UPB-MyTeam.
Jelasnya, Kelantan hanya akan mendaftar 26 pemain bagi mengharungi musim 2010 dan terpaksa menggugurkan beberapa pemain sedia ada.
"Faktor usia juga menyebabkan kita terpaksa menggugurkan penjaga gol berpengalaman, Halim Napi dan digantikan dengan Syed Adney.
"Bagaimanapun, kita telah bersetuju untuk menawarkan
Annuar juga mengumumkan, B. Sathiana- than akan terus bersama Kelantan sebagai ketua jurulatih, sementara Hashim Musta- pha, Sidek Samsuddin dan Ismail Bakar akan bertindak sebagai pembantu jurulatih.
Antara pemain lain yang digugurkan musim depan ialah Khalid Jamlus, Nafuzi Zain, Ahmad Ezrie Shafizie, Faizol Che Noh, Hanif Md. Nor, Safuan Ibrahim, Normizal Ismail dan Rosairil Asrol Mat Nor.
Pemain Pilihan
List skuad Red Warriors 2010
Goalkeeper
Syed Adney
Shahrizan Ismail
Khairul Fahmi Che Mat
Defender
S.Subramaniam
Zamri Ramli
Farisham Ismail
Rizal Fahmi Rosid
Azizi Mat Rose
Sharudy Aziz
Zairul Fitree Isyak
Daudsu Jamaluddin
Midfielder
Badri Radzi
Shakir Syaari
Khairan Eroza Razali
Wan Zaman Wan Mustafa
Indra Putra Mahayuddin
Zul Yusri Che Harun
Azlan Zainal
Striker
Norfarhan Muhammad
Nor Sharul Idlan Talaha
Akmal Rizal Rakhli
Nizad Ayub
Che Hisamuddin Hassan
S.Chanthuru
Ramzul Zahini
Monday, November 16, 2009
kosmo - rumours
Kelantan berwajah baru?
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my
LIMA muka baru bakal menyarung jersi Kelantan untuk saingan Liga M musim 2010.
Selepas berjaya mengalunkan gelombang kebangkitan bola sepak di negeri Cik Siti Wan Kembang itu, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kini bersedia untuk membawa masuk tenaga baru bagi terus memperkuatkan pasukan.
Sumber Kosmo! memberitahu, penyerang kebangsaan yang juga bekas pemain UPB-My Team, Nurshahrul Idlan Talaha dan penyerang muda Pulau Pinang, S. Chanturu bakal menjadi penggempur terbaru sang Kijang untuk musim depan.
Menurutnya, kehadiran kedua-dua pemain yang memiliki larian kencang akan bergandingan bersama Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohamad yang sudahpun mengesahkan akan terus kekal bersama skuad Kelantan untuk semusim lagi.
"Kita juga membawa pulang bekas pemain remaja Kelantan, Shakir Shaari, 23, yang sebelum ini menyarung jersi MPPJ FC pada musim 2005 sebelum ke UPB-MyTeam selama tiga musim berikutnya untuk digandingkan bersama playmaker kita, Piya (Badri Radzi).
"Dia memiliki kelebihan dalam membuat hantaran tepat selain mampu menggerakkan bahagian tengah kerana teknik pengawalan bola yang cukup bagus," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussien juga turut dikaitkan sebagai antara pemain baru yang akan menyarung jersi Kelantan musim depan selepas pasukan lamanya, UPB-MyTeam menarik diri daripada Liga M musim depan.
Kehadiran Syed Adney menguatkan lagi khabar angin yang bertiup kencang mengenai pengguguran Halim Napi (gambar) daripada skuad Kelantan.
Dalam pada itu, Kelantan dikatakan gagal untuk mendapatkan khidmat pertahanan Felda United, Nazrulerwan Makmor yang mewakili Kelantan seba- gai pemain berstatus pinjaman pada aksi Piala Malaysia lalu.
"Norhafiz Zamani (Misbah) juga dalam senarai kita untuk dibawa ke Kelan- tan, namun dia juga gagal mendapatkan pelepasan daripada majikannya kerana masih mempunyai baki kontrak bersama KL Plus.
"Bagaimanapun, kita berjaya mendapatkan khidmat ketua pasukan Perak, S. Subramaniam," ujarnya.
Sementara itu, bekas penyerang kebangsaan yang beraksi bersama Kuala Muda Naza (KM Naza), Akmal Rizal Rakhli dan pertahanan Perlis, Azizi Che Ros serta pemain tengah Selangor, Hardi Jaafar turut dikaitkan dengan perpindahan ke Kelantan pada kempen Liga Malaysia musim depan.
Sunday, November 15, 2009
Gosip barisan kemungkinan 2010
kemungkinan kekal
kemungkinan disingkir
Wednesday, November 11, 2009
Maafkan saya - Zamri
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my
"MAAFKAN saya, malam itu bukan malam saya."
Itu pengakuan pemain pertahanan Kelantan, Zamri Ramli, 19,(gambar) yang dikaitkan sebagai punca kekalahan Kelantan kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009, Sabtu lalu.
Pemain muda berbakat ini terpaksa mengharungi detik sukar kini kerana dicemuh peminat sendiri yang mendakwa ketiga-tiga gol Negeri Sembilan berpunca daripada kesilapannya.
Baginya, perlawanan yang sepatutnya menjadi kenangan manis sepanjang kariernya itu bertukar menjadi igauan ngeri sehingga menyebabkannya kini berkira-kira untuk terus menggantung but.
Menurutnya, apa yang dikesalkannya apabila ada peminat menuduhnya menjual permainan sedangkan dia sendiri tidak pernah mengetahui mengenai rasuah.
"Saya sangat tertekan kini apabila mereka (peminat) menuduh saya mengambil rasuah sedangkan saya tidak mengetahui apa-apa pun mengenainya.
"Segalanya bermula sebaik wisel permulaan dibunyikan. Saya jadi tak tentu hala, kepala saya berserabut dan saya hilang fokus sehinggakan beberapa kali buat silap," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, ketika keluar memanaskan badan sebelum perlawanan bermula, beliau begitu bersemangat untuk turun beraksi dan berjanji untuk beraksi dengan baik.
Katanya, beliau menolak andaian sesetengah pihak bahawa beliau gementar ketika beraksi pada perlawanan akhir tersebut dengan kehadiran penyokong yang begitu ramai dan tidak cergas.
"Saya tidak gugup kerana sebelum ini sudah ada pengalaman ketika beraksi pada perlawanan akhir Piala FA dan saya juga cergas pada malam perlawanan tersebut.
"Fokus saya pada bola hilang, saya tenggelam punca menyebabkan saya gagal bermain dengan baik termasuk membuat kesilapan ketika melakukan hantaran kepada rakan," ujarnya.