Monday, December 14, 2009

Malaysia Mara ke Perlawanan akhir

Posted on 7:23 PM by red warrior




Skuad Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir sukan SEA 2009 di Laos apabila menewaskan tuan rumah sendiri dengan jaringan 3-1 sekaligus meranapkan impian Laos untuk meneruskan kemaraan mereka.


berbekal kehadiran penyokong berkapasiti 20,000,Laos dilihat mempunyai sokongan padu berbanding Malaysia yang hanya mempunyai penyokong yang bilangan yang agak minima.Rentak permainan yang ingin mencari gol awal oleh Rajagopal nampaknya berhasil apabila serangan bertali arus ke arah kubu lawan laos.Hasilnya,Baddrol Bakhtiar berjaya melakukan sepakan gunting menarik melalui hantaran lintang Manaf Mamat menewaskan penjaga gol Laos sesama sekali.Malaysia berjaya mengawal perlawanan sepanjang Separuh masa pertama.

Laos cuba bangkit pada separuh masa kedua dan penyerang mereka,Lam Nao cukup berbahaya sehingga hampir memecahkan gawang gol apabila pertahanan Malaysia,Aidil Zafuan dan Muslim sedikit alpa.Malaysia pula dilihat bermain secara bertahan dan melambatkan masa.

Namun,Laos memecahkan kebuntuan mereka mencari gol apabila pemain mereka Kanlaya melakukan sepakan deras luar dari kotak penalti tanpa diduga Penjaga gawang negara,Sharbinee Alawee yang sama sekali tidak dapat menepis bola tersebut.Gol tersebut kembali menceriakan suasana stadium yang sudah suram buat seketika.

Namun,anak buah K.Rajagopal yang diketuai Nor shahrul Idlan Talaha sambil dibantu pemain gantian,Amar Rohidan.Pada minit 78,hantaran silang S.Kunalan terkena palang namun gagal dikeluarkan kemas pertahanan Laos memakan diri mereka tatkala Baddrol Bakhtiar mengambil peluang tersebut dengan bijak.

Rajagopal memasukkan Asraruddin Putra dan Azmi Muslim menguatkan lagi keampuhan pertahanan Malaysia.Pemain muda,K.gurusamy cemerlang di bahagian pertahanan tengah.

Namun,Laos sekali lagi kecewa apabila penyerang baru Kelantan,Nor Shahrul bijak menewaskan pertahanan Laos dan melakukan hantaran ke dalam kotak penalti dan berjaya disudahkan dengan kemas Safiq Rahim sekali gus meranapkan harapan Laos.

Malaysia bakal bertemu dengan Vietnam yang juga pernah menewaskan mereka pada peringkat kumpulan.Vietnam menewaskan Singapura dengan jaringan 4-1

No Response to "Malaysia Mara ke Perlawanan akhir"

Leave A Reply