Thursday, August 27, 2009

new player

Posted on 11:20 PM by red warrior

Nazrul kena pinjam


NAZRUL (kanan) bakal menggalas cabaran Kelantan pada kempen Piala Malaysia.


KAPTEN Felda United, Nazrul Erwan Makmur akan menyarung jersi Kelantan bagi saingan Piala Malaysia yang bermula 26 September depan.

Tiga lagi pemain Felda United akan menyertai Kuala Lumpur manakala seorang pemain menyarung jersi Terengganu.

"Nazrul dipinjamkan ke Kelantan, Khairul Izwan Khalid ke Terengganu manakala tiga lagi pemain iaitu Nurfaizal Patrick Abdullah, Norismaidham Ismail dan Farouk Hashim ke Kuala Lumpur," kata Setiausaha Felda United, Faisal Zakariah ketika dihubungi Kosmo!semalam.

Bagi Nazrul, 29, pula, dia memilih untuk menyertai Kelantan kerana berasakan pasukan yang bakal bersaing dalam Kumpulan E bersama Kedah, Pulau Pinang dan ATM itu mempunyai peluang untuk menjulang Piala Malaysia.

"Saya akan gunakan segala pengala- man yang ada ini untuk membantu Kelantan mencapai cita-cita mereka seku- rang-kurangnya melangkah ke final," kata Nazrul yang pernah menjulang Piala Malaysia bersama pasukan Selangor pada 2005.

Kelantan yang hanya pernah dua kali muncul naib juara Piala Malaysia pada 1955 dan 1970 turut meminjam seorang lagi pemain iaitu Norhisham Hassan dari T-Team bagi memantapkan pasukan.

Sementara itu, jurulatih yang juga pengurus Shahzan Muda, Zainal Abidin Hassan memberitahu, lima pemainnya juga dipinjamkan kepada pasukan lain untuk kempen Piala Malaysia ini.

"Tiga pemain akan menyarung jersi Pahang iaitu Jalaluddin Jaafar, Shahril Faizal Sharifuddin dan Abdul Rahman Kadir.

"Dua lagi pemain iaitu G. Mahathevan ke Sabah dan P. Rajes ke Melaka," kata Zainal.

No Response to "new player"

Leave A Reply