Saturday, August 29, 2009

Preface Piala Malaysia

Posted on 2:38 PM by red warrior


Tinggal beberapa minggu saja lagi,skuad kelantan bakal menghadapi saingan piala Malaysia yang bakal bermula pada awal bulan September.Seperti mana sedia maklum,para peminat pasti tidak sabar untuk melihat saingan dan cabaran yang bakal dihadapi para pemain skuad Kelantan kali ini.

Skuad Kijang mendapat suntikan pemain baru apabila 2 pemain yang baru sahaja dipinjam,iaitu,bek tengah berpengalaman,Nazrul Erwan Makmur dan Pemain tengah muda,Norhisham Hasan dari pasukan T-Team.Kehadiran kedua pemain ini dapat memberi nafas baru kepada pasukan serta menambahkan lagi pilihan pemain buat Butler.Nazrul Erwan Makmur,pertahanan yang cukup dikenali di Malaysia ini,diharap dapat menyelesaikan masalah pertahanan yang dihadapi Red Warrior’s.Cara permainannya yang agak agresif serta tubuh badan yang agak sasa merupakan satu kelebihan buat dirinya.Penulis menjangkakan jika tiada aral melintang,Mungkin Butlaer bakal menggadingkan beliau bersama seorang lagi pertahanan kelantan yang agak pantas,Farisham Ismail.Kecederaan yang dihadapi kapten pasukan,Badhri Radzi sememangnya memeningkan kepala Butler.Namun,Kelantan telah meminjam Norhisham Hasan,pemain muda yang pernah berganding dengan Nor Farhan,penyerang kelantan,pada suatu ketika dahulu,dilihat sebagai calon yang paling sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Badhri sekarang.

Undian piala Malaysia dimana skuad Kijang berada dalam kumpulan E yang turut disertai ATM,Kedah dan Pulau Pinang.Pasti menarik untuk menyaksikan kembali bagaimana pasukan red warriors beraksi menentang kedah di Kota Bharu setelah dimalukan Sang Kenari di depan 20,000 penonton pada perlawanan terakhir kedua pasukan ini berentap.Pasukan kedah pula pasti ingin membalas dendam apabila mereka juga dimalukan di Alor Setar pada Liga Super musim lalu.sedikit kebimbangan mula muncul pada jurulatih kedah,Azrai Khor,dek kerana kecederaan yang dialami pemain bintang kedah,Khyril Muhymin.Pulau Pinang dan ATM pada pendapat penulis tidaklah terlalu besar masalah buat Kedah dan Kelantan berdasarkan prestasi semasa.

Sekembalinya Red Warrior’s dari Manchester,United Kingdom,diharap para pemain mendapat nafas baru dan pengalaman berguna sepanjang berada di sana.Lawatan sambil belajar di sana di mana menyaksikan red warriors ditewaskan Manchester city 6-2 dan Birmigham 5-0,namun begitu,Objektif perlawanan tersebut bukannya keputusan akhir,namun pengalaman yang harus dikutip pemain semasa berada di sana.Penulis agak bangga ketika mendengar khabar berita bahawa pemain yang beraksi untuk Liga Perdana Inggaris seperti Kevin Philips,Sebastian Larsson turut turun menentang Red Warriors ketika perlawanan persahabatan di sana.Kemudian,Skuad Kelantan turut menyaksikan perlawanan Manchester United menentang Birmigham,di mana mereka boleh merasai atmosfera dan suasana ketika beraksi di peringkat antarabangsa.

No Response to "Preface Piala Malaysia"

Leave A Reply