Monday, November 9, 2009

Review kelantan 2009

Posted on 4:28 PM by red warrior


Tamat sudah perjuangan skuad kelantan bagi tahun 2009.Dimulai dengan kemenangan dan diakhiri dengan kekalahan.Pelbagai onak duri dan badai ditempuhi satu persatu oleh skuad kijang pada tahun ini cukup untuk memberi pelbagai pengalaman yang rata-rata terdiri dari pemain baru.

Bermula pada awal musim,skuad red warriors diberi peluang beraksi dalam liga super setelah PDRM menarik diri pada awalnya.Namun,Kelantan sudah pun menjadi perhatian media apabila beberapa pemain bertaraf bintang seperti Khalid Jamlus,Indra Putra menyarung jersi Kelantan.Pada awal musim,Red warriors beraksi begitu cemerlang hingga berjaya menjadi satu pasukan elit dalam masa yang sebegitu singkat.Tatkala nama baru seperti Badhri Radzi,Zamri mula dikenali oleh seluruh Malaysia,Kelantan berjaya mencungkil pelbagai bakat baru lain.

Namun,konsentrasi skuad Kijang terjejas teruk apabila mereka tidak dibenarkan beraksi di Kota Bharu gara-gara penyokong Kelantan yang sudah lama digelar ‘hooligan’ dan sering menimbulkan kekecohan.Bilangan mereka hanya segelintir,tapi sudah cukup mencemarkan nama Kelantan.Detik 7 April 2009 menjadi ‘black turning point’ buat Kelantan.Manakan tidak,kekalahan demi kekalahan menimpa pasukan negeri Kelantan apabila mereka terpaksa beraksi di stadium Nasional Bukit Jalil secara terpaksa.

Namun,walau setinggi mana rintangan yang menimpa,skuad red warrior ampuh biarpun dilanda banyak masalah.Dalam suasana keganasan yang berlaku di Kota Bharu,Red Warriors bangkit dan berjaya beraksi di Final Piala FA menentang Selangor.Sungguhpun tewas,Kelantan berjaya mempamerkan semangat juang yang tinggi di samping sokongan padu peminat dari segenap pelusuk Kelantan.

Hasil daripada rayuan dan usaha yang jitu dari semua pihak dan pihak pengurusan yang diterajui Tan Sri Anuar Musa,Kelantan berjaya kembali ke stadium keramat,Stadium Sultan Muhammad IV.Impak dari perkara ini cukup menakjubkan.Kelantan berjaya mencatat kemenangan demi kemenangan.Akhirnya,Kelantan menamatkan Liga Super dengan kedudukan di tempat ke-6.satu pencapaian membanggakan bagi pasukan yang baru setahun jagung menyertai Liga Super setelah sekian lama.

Piala Malaysia menjadi target terakhir bagi menjulang piala,KAFA lantas mencari pengganti bagi Badhri Radhzi dan Pertahanan yang mampu menjadi benteng terbaik.Norhisyam Hassan dan Nazrul Erwan dipinjam dari Liga premier untuk memperkuatkan skuad Kijang yang sedikit tempang dengan kecederaan beberapa pemain.Skuad Red Warriors sekali lagi berduka apabila Jurulatih,Peter James Butler meletakkan jawatan secara tiba-tiba.Namun,KAFA lantas melantik B.Sathianathan bagi menerajui Skuad Kelantan.

Piala Malaysia Kelantan beraksi begitu cemerlang.Tetapi tersungkur di Final apabila ditewaskan skuad Negeri Sembilan yang sememangnya layak menang berdasarkan aksi pada malam itu.Sepanjang Piala Malaysia,Kelantan hebat apabila menang semua perlawanan kecuali menentang kedah,KL plus dan Negeri Sembilan.Lebih membanggakan lagi,Penggempur Utama Indra berjaya menjadi penjaring terbanyak piala Malaysia.Biarpun kecederaan yang dialami Zairul Fitree dan Azlan Zainal sedikit sebanyak menjejaskan kualiti permainan kelantan,tetapi nyata pasukan kelantan tetap utuh.

Bermula musim depan,KAFA mensasarkan 3 piala.Sudah tentu kali ini KAFA dan para penyokong mempunyai pengalaman yang cukup bagi mengajar pasukan Kelantan erti berada di Liga Super.Tahun depan kelantan bakal beraksi dengan beberapa muka baru dan KAFA menjanjikan skuad yang mantap.Sama-samalah kita menyokong pasukan kesanyangan kita dan bukan sekadar digelar penonton,hanya datang stadium untuk buat kecoh dan memalukan nama Kelantan.

No Response to "Review kelantan 2009"

Leave A Reply