Friday, September 25, 2009

attacking style

Posted on 9:11 PM by red warrior

Skuad Kijang hanya mahu menyerang

Ditulis oleh : Kosmo

Image
KELANTAN menaruh kepercayaan penuh kepada kebijaksanaan jurulatih barunya, B. Sathianathan.

BERBEKALKAN taktikal menyerang, skuad Kelantan optimis untuk melakar kemenangan pertama menentang Pulau Pinang dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Negeri Batu Kawan malam ini, lapor LUQMAN HAKIM AB. RAHIM.

Taktik tersebut yang sering kali membawa tuah kepada pasukan yang bergelar Kijang ini menjadi taruhan utama meskipun beraksi di gelanggang lawan.

Begitupun, skuad kendalian B. Sathianathan ini tidak akan mudah menyerah kalah dan mereka berazam bermain habis-habisan untuk meraih tiga mata berharga di tempat lawan.

Tanpa mahu melakukan perubahan drastik, Sathianathan yang baru saja mengambil alih sebagai jurulatih skuad ini berkata, apa yang mampu dilakukannya adalah memperkemaskan barisan pertahanan yang terdiri daripada pemain lama dan baru.

Dengan beberapa siri perlawanan persahabatan baru-baru ini, beliau melihat penglibatan kedua- dua barisan pemain ini dapat membentuk satu barisan pertahanan yang kental bagi menahan asakan skuad Harimau Kumbang nanti.

"Skuad ini (Kelantan) unik sebab ada pemain lama dan baru yang kebanyakannya berpengalaman luas.

"Semua pemain nampak bersemangat. Cuma nasihat saya, jangan pandang rendah pada pasukan lawan dan sentiasa perlu berhati-hati," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ibrahim pula memberitahu, barisan terbaik akan diturunkan malam ini bagi memastikan kemenangan memihak kepada mereka.

Menurutnya, semua pemain berada dalam keadaan terbaik dan masing-masing bersedia untuk menghadapi lawan.

"Saya harap semua pemain dapat menyerap tekanan, sebab ini perlawanan pertama selepas berehat panjang.

"Kita mahu bawa pulang tiga mata penuh," tambahnya

No Response to "attacking style"

Leave A Reply